Saturday, February 6, 2010

cara merawat masalah kecelaruan emosi "kebimbangan"

Kecelaruan kebimbangan adalah sebahagian daripada pengalaman normal setiap manusia. Kebimbangan menjadi tidak normal dan dianggap sebagai gejala kecelaruan apabila kadar yang dialami melebihi had yang biasa, dan ia berlaku secara berpanjangan sehinggakan keupayaan individu untuk berfungsi dengan baik akan terganggu.Walaupun pelbagai masalah yang sering dialami akibat daripada kecelaruan emosi kebimbangan ini ada yang sehingga mengalami masalah tekanan perasaan. Hal ini dapat kita lihat ia sering melanda negara-negara barat. Walaupun begitu, masih ada cara atau teknik untuk mengurangkannya dan menghilangkannya.

Antara teknik yang digunakan untuk merawat masalah kecelaruan kebimbangan dalam kalangan masyarakat ialah ahli terapi modifikasi perlakuan. Antara teknik-teknik ini adalah perlaziman, anjakan, persepsi, mencantas pemikiran, paradox dan analisis logik. Berdasarkan teknik ini dapat membantu seseorang penghidap dengan cara luahan perasaan atau bakat yang sebenar antara ahli terapi dengan penghidap. Luahan ini biasanya diceritakan dari akar umbi atau punca utama hinggalah menjadi masalah mereka sekarang.

Selain itu, menggunakan pendekatan yang sering disarangkan adalah melalui pendekatan biologi yang mana penggunaannya melalui ubat-ubatan yang disarankan oleh doktor seperti Librium dan Xanax. Dengan ubat-ubat seperti ini mereka dapat kurangkan tekanan dan ia juga dapat membantu penghidap yang mengalami masalah takut untuk tidur kerana tidak mahu mengalami mimpi yang sering menghantui mereka.

Seterusnya, melalui teknik desensitization atau pendekatan pembelajaran. Teknik ini lebih kepada mengajar cara seseorang penghidap itu dengan bersemuka menghadapi objek yang sebenar atau suasana yang sebenar. Oleh itu, dengan cara ini penghidap akan mula memahami dan sedikit sebanyak dan boleh mula menghadapi dunia nyata dengan lebih berani.

Manakala, teknik rasional emotif ialah melalui pendekatan kognitif dalam merawat pesakit yang fobia sosial. Di samping mendalami perasaan penghidap tersebut menghadapinya. Selain itu, ia dapat membantu pesakit mempelajari aliran pemikiran logik dalam minda dan bertindak dengan lebih rasional.

Teknik eye movement desensitization and reprocessing (EMDR) ia selalunya digunakan dalam merawat penghidap yang mengalami pasca traumatik iaitu dengan cara membayangkan imej yang berkaitan kebimbangan atau yang menjadi ketakutan mereka. Tambahan pula, dengan mengarah penghidap menggambarkan rangsangan yang boleh membuatkan penghidap berasa tenang, nyaman dan lega. Misalnya gambaran mengenai pemandangan alam sekitar atau seumpamanya. Di sini kaunselor akan memainkan peranan dengan menghuraikan gambaran tersebut. Seterusnya, kedua-dua gambaran yang membuatkan klien berasa cemas dan tenang akan digandingkan secara bergilir-gilir sambil penghidap melakukan aktiviti yang dapat menyenggangkan otot seperti pada langkah pertama tadi. Latihan ini diulang sehingga klien benar-benar dapat menjiwai ketenangan.

Dalam kes ini keluarga juga memainkan peranan yang penting dalam merawatnya iaitu sentiasa bersama dan memberi perhatian serta nasihat disamping bersabar melayan karenah penghidap. Bagi keluarga yang ahlinya menghadapi masalah ini mereka seharusnya lebih member perhatian dan sentiasa berada dkat dengan penghidap. Hal ini kerana ia dapat membantu penghidap tersebut menjadi lebih tenang dan mereka ini rasa lebih yakin jika ingin meluahkan perasaan mereka.

Ada juga yang menggunakan teknik meluahkan perasaan dengan menulis apa yang menjadikan mereka kecelaruan kebimbangan atau ketakutan mereka pada atas sekeping kertas. Teknik ini juga popular digunakan, ini kerana jika seseorang penghidap itu rasa sukar untuk meluahkan perasaan kebimbangan mereka pada orang lain. Jika melalui luahan penulisan mereka bebas dalam menuls apa sahaja dan ia akan menjadi rahsia bagi mereka selain itu dapat juga membantu mereka dalam penulisan.

Terakhir, menggunakan teknik mendengar muzik yang tenangkan jiwa dan minda mereka. Teknik ini merupakan teknik yang mudah kerana jika kita berada di mana-mana sahaja ia dapat membantu terutamanya semasa menghadapi fobia sosial atau agrofobia. Dengan mendengar muzik yang tenang sedikit sebanyak dapat mengurangkan tekanan kebimbangan mereka.

No comments:

Post a Comment