Saturday, December 11, 2010

cerita/kisah ku....."kematianku"

aku berharap para sahabat dapat memuhasabahkan diri dengan cerita atau kisah benar ini...yang cuba aku ingin kongsikan bersama dengan kamu sekalian....bacalah kisah ini...dan renung2kan...
aku terasa diri ku ini sungguh ringan sekali.....selain itu ak juga terasa diri ini sangat ganjil....dan ak semakin takut dan terasa pelik apabila aku melihat diri ada dua...yang satu ak sedang berdiri dan yang satu lagi sedang terlantar membujur tertidur....di saat ini ak semakin tertanya2 kenapa ak ada dua dan kenapa?...kenapa?....kenapa?.....selepas itu aku pun cuba untuk melihat adakah aku bermimpi tetapi ak semakin keliru....ak pergi segenap bilik melihat semua ahli keluarga ku nyenyak tidur di buat mimpi.....maka...
tidak lama selepas itu aku semakin pelik kenapa ramai orang termasuk ahli keluarga ku yang meratapiku dan orang2 mengelilingiku sambil menangis dan membacakan surah Yassin kepada ku...pada saat itu ak menjadi semakin takut....dan ak semakin tertanya2 apa telah berlaku pada diriku ini....ak cuba untuk memanggil mereka tetapi panggilan ku tidak dijawab dan tidak juga disahut oleh mana2 suara....pada saat itu aku telah tahu yang diri ini sebenarnya telah menjadi roh dan telah terpisah dengan jasad.....aku semakin takut....takut dan takut.....
ak mula menangis dengan sekuat2nya tetapi tida siapa pun mendengarnya....ayat dan kata2 apa yang terkeluar dari mulut ku...."mama papa kak minta maaf...kak belum balas lagi jasa mama dan papa"...."kak belum cukup lagi menuntut ilmu akhirat YA ALLAH, tolong lah YA ALLAH...." dalam keadaan suara yang teresak2 dengan berlinagan air mata....tiada siapa pun mendengar dan melihat juga....
pada saat ini aku mula mengerti yang diri ku ini telah pun diangkat oleh NYA...semakin lama aku melihat air mata ku kering dengan air mata.....dan aku mula diam memerhati saat2 kematian ku dan orang2 yang ak sayang berada mengelilingiku....
seleps itu, dengan tiba2 aku terasa diri ini berat sekali....selepas itu ak menjadi pelik dan aku bangun memerhati sekelilingku yang rupa2nya ak bermimpi....mimpi ini benar2 menakutkan ku ....mimpi ini juga membuatkan ak sedar yang DIA masih menyanyangi diri ini kerana telah memberi Nur kepada ku untuk memuhasabahkan diri ini....mimpi ini juga membuatkan ak merenung akan kesilapan dan kelalaian ak semasa ak menumpang alam NYA ini....mimpi ini juga membuatkan aku terfikir siapalah ak ini....kerana ini aku semakin menghargai diri ini dan orang sekeliling dan mendalami serta cuba untuk memahami ilmu dunia dan akhirat....

" Setiap yang bernyawa tidak akan mati melainkan dengan izin Allah SWT sebagai ketetapan yang telah ditentukan waktu..." (Ali-"Imran:145)