Sunday, August 29, 2010

2 hari bersama Islamic Relife Malaysia(IRM) di Simpang Pulai

pak long ngan anaknya...
pak lonh Hussain berumur 103 tahun....
rumah paklong hussain...

library Nur Hidayah kg.Cheh...

perkampungan orang asli Lalang, Simpang Pulai....







selama 2 hari 1malam(28-29/08/10)  aku mengikuti program Islamic Relife Malaysia di Simpang Pulai....pada pukul 3.30 ptg semalam aku sampai di bandar Ipoh dan aku bersama ahli lain IRM(seramai 13 orang) menginap di Hotel Hillcity. Pada pukul 5 petang kami bertolak dengan menaiki van dan mpv pergi ke perkampungan orang asli untuk aktiviti penjagaan kesihatan bagi kanak-kanak orang asli dan penduduk serta pengagihan makanan kepada penduduk dan berbuka puasa bersama mereka......sesampainya aku di kampung tersebut membuatkan aku terpukau dengan keindahan air terjun yang mengalir dengan kehijauan hutan dan suasana dan udara yang segar dan nyaman....menyebabkan aku jatuh cinta dengan kampung tersebut....betapa indahnya ciptaan ALLAH SWT yang masih lagi dipelihara dengan baik sekali.... dengan udaran yang sejuk di samping hujan yang renyai2 dikaki bukit tu.... aku ronda2 kampung 2 aku lihat penghuninye x semua yang beragama Islam tetapi meraka hidup bagaikan satu keluarga.... ada segelintir penduduk yang mendapat bantuan daripada kerajaan dengan memperolehi rumah yang dindingnya bersimen dan memperolehi kemudahan generator...ini benar2 membuka mata aku mengenai cara hidup masyarakat orang asli yang menjalani bulan yang penuh keberkatan ni....walaupun mereka hidup dalam keadaan yang serba kekurangan...tetapi mereka tetap berpuasa dengan penuh gembira....mereka sambut kami denagn penuh kemesraan dan ramah sekali...ada dalam kalangan mereka yang gembira bermain sepak takraw dengan kekawan... dalam pukul 5.45 ptg progaram kami bermula iaitu dengan memberi ceramah kesihatan oleh pegawai daripada Hospital Pantai dan demostrasi penjagaan gigi dan kebersihan kepada penduduk kampung....macam2 gelagat yang dapat aku lihat,aktivti kami dipenuhi dengan gelak tawa dan kegembiraan....selepas itu, pengagihan makanan kepada tok batin dan penduduk kampung.... dalam pukul 7 ptg tiba giliran ku mengagihkan makanan berbuka puase untuk penduduk kampung...lmakanan kami pada petang tu untuk berbuka ialah nasi beriyani daging itik dan pencuci mulut -kuih tepung pelita..... semasa hendak memberikan makanan kami mereka beratur untuk mendapatkannya....aku merasakan sikap disiplin telah diajar/ didik dengan baik walaupun mereka ni tinggal jauh di pendalaman hutan sana....selepasa selesai memberikan makanan kami menyediakan makanan untuk tetamu VIP dan makanan kami seperti biase la....layan diri.... dalam pukul 7.28 malam....walaupun begitu, kegembiraan berbuka puasa bersama merekan benar2 menyeronokan dengan suasana udara yang semakin sejuk dikelilingi hutan dan keadaan gelap gulita hanyalah bercahayakan generator khemah dan kelip2 .... selepas selesai sembahyang maghrib di surau mereka kami pon bertolak balik ke hotel...untuk aktiviti mencari cenderamata bagi penghuni rumah anak yatim Nur Hidayah di kg. Cheh....di bandar Ipoh....
selepas selesai membeli barang kami pulang ke hotel dalam pukul 9 malam siap2 untuk mandi dan sembahyang....kerana  pada pukul 10 malam....kami beramai2 keluar makan di restoran nasi lemak yang famous di Ipoh.....di restoran kami merehatkan diri dengan menjamu makan dan saling bertukar cerita dan pendapat dengan penuh gelak tawa....dalam pukul 12 tgh mlm...kami pulang ke hotel untuk rehat dan bangun sahur pada pukul 3-5 pg di restoran hotel....ini kerana sebelum pulang pada keesokan harinya aktiviti akan diteruskan lagi...
29/08----
pada pukul 8 pg kami check out dari hotel Hillcity untuk kedestinasi dan aktiviti kami pada hari terakhir di Ipoh...iaitu pergi kerumah anak2 yatim Nur Hidayah dan mengziarahi rumah pak long Hussain di kg. Cheh.... 
dalam pukul 9.45 pagi kami sampai di rumah anak yatim tersebut....semasa sampai je aku kat sana aku terkejut nampak bas UPSI ada...rupa2nya pelajar daripada kolej Za'ba turut mengadakan aktiviti di sana semalaman.... sesampai je aku melihat kanak-kanak dan remaja perempuan yang sedang mendendangkan lagu nasyid dengan penuh kegembiraan....oenghuni di Nur Hidayah yang tinggal dirumah tersebut sekitar 2-18 tahun....kat sana ak mengelarkan pengurus rumah tersebut sebagai ayah dan isterinya umi...mereka semua sangat ramah melayan kami....dalam pukul 10.30 pagi kami terus dengan aktiviti menyumbangkan buku dari buku kanak2 hinggalah buku remaja dan buku pembelajaran....semasa mula2 kami buka kotak yang berisi dengan buku2 tersebut....aku dapat melihat keterujaan merekan mendapat sumbangan buku percuma yang dapat mengisi rak2 kosong perpustakaan mereka....selepas siap menyusun buku2 di rak2 yang telah diasingkan mengikut kod2 tertentu...ada sesi bergambar dan dari situ ak dapat lihat wajah kegembiraan terpancar dengan reaksi dan senyuman tawa mereka membelek setiap buku2 tersebut.....dalam pukul 11.30 pagi ada sedikit sumbangan dari IRM kepada kanak2 tersebut iaitu cenderamata dan duit raya....  selepas seleasai kami saling bersalaman antara penghuni rumah Nur tersebut.....
akhir sekali destinasi kami ialah menziarahi rumah pak long Hussain yang berusia 103 tahun di kg. Cheh....sesampai je di rumahnya...ak merasakan sebak tiba2 dengan keadaan rumah dan melihat wajah pak long yang dimakan usia 2...pak long yang tinggal dengan anak perempuannya yang kurang berupaya(OKU) kerana percakapannya yang kurang jelas untuk memahami....menyebabkan aku terasa terharu dan sayu dan tidak terkata melihat dua beranak tersebut dengan keadaan rumah kayu yang turut dimamah usia.... tetapi bersyukur kerana aku diberitahu yang mereka ni turut dibantu dan dijaga oleh penduduk kampung....semasa menemuramah pak long...dia menceritakan kisahnya semasa dia inginmenunaikan haji dahulu...yang perlu menaiki kapal dan tempoh yang lama untuk sampai di Makkah....beliau memberitahu yang dia dijadikan sebagai tempat merujuk mengenai sejarah di tanah melayu dahulu kerana beliau lahir sebelum merdeka lagi atau sebelum jepun menjajah di TM.... sambil itu, kami juga beborak kosong dengan pak long mengenai kisah dia dan sebagainya.... sebelum kami pulang kami menyerahkan bekalan makanan dan duit raya sebagai sumbangan yang tidak seberapa sebagai bekalan bulan puasa dan hari lebaran..... diakhir perkenalan aku dengan pak long semapat dia menasihati belajar dengan rajin dan ingat dan doakan agar aku dapat menyempurnakan 5 rukun Islam....ak benar2 terharu dengan nasihat yang diberikan dan gembira dapat berkenalan dengan beliau walaupun hanya sekejap waktu..... selepas itu, kami pun pulang-aku pulang ke tg. malin dengan pak saudara dan mak saudara aku serta abang2 dan kakak2 IRM lain pulang ke KL... 
begini lah lumrah dunia kita hidup mestilah saling bantu menbantu dan ingat-mengingat sesama Islam....walaupun kita di penuhi dengan kesenagan dunia dan pelbagai kemudahan tetapi kita seharusnya ingat masih ada yang tergelincir dari mengecapinya....oleh itu, sementara kita mamapu sama2 lah kita menyumbangkanya walaupun tidak sebesar mana....asalkan sumbangan kita 2 ikhlas.....
oleh itu, hidup ni mestilah sentiasa ingat kepada-NYA dan bersyukur kepada-NYA....



Sunday, August 22, 2010

jom sama2 kita maksimumkan bonus dalam bln Ramadhan...

1)  Berniat dalam hati untuk berpuasa di malam hari
2)  Bersahur di akhir malam ( yang terbaik adalah jaraknya dengan azan subuh selama    
       bacaan 50 ayat al-Quran secara sederhana)
3)  Memperbanyakkan bacaan al-Quran dengan tenang dan tidak tergesa-gesa
4)  Memperbanyakkan doa semasa berpuasa
      Nabi Muhammad SAW bersabda, Ertinya : "3 yang menjadi hak ALLAH SWT utk tidak
      menolak doa mereka, orang berpuasa sehingga berbuka, orang yang zalimi sehingga dibantu,       & orang bermusafir sehinggalah ia pulang" (Riwayat Al-Bazaar)
5)  Memperbanyakkan doa ketika hampir berbuka.
6)  Menyegerakan berbuka puasa selepas pasti masuk waktu maghrib
      Nabi Muhammad SAW bersabda, ertinya : " Sentiasalah umatku berada dalam kebaikan 
      sepanjang kamu menyegerakan berbuka" (Riwayat Al-Bukhari)
7)  Adalah digalakkan pula berbuka dengan beberapa biji rutab(kurma basah) @ tamar (kurma 
      kering) sebagai mengikut sunnah, dan jika tiada keduanya mulakan dengan seteguk air
8)  Amat disunatkan untuk bersedekah harta bagi mempersiapkan juadah berbuka untuk orang 
      ramai terutamanya orang miskin @ fakir
9)  Menunaikan Solat Sunat Tarawih pada malam hari secara berjemaah buat lelaki dan 
      perempuan @ boleh lakukan bersendirian
10)  Memperbanyakkan bersiwak ( menggunakan kayu sugi tanpa air dan ubat gigi)
11)  Amaran bagi berbuka puasa di siang Ramadhan tanpa uzur

my works use watercolour....for sem 3