Saturday, February 6, 2010

masalah kecelaruan emosi "kebimbangan"

Masalah kecelaruan emosi kebimbangan ini sememangnya suadah menjadi sebati dalam diri masyarakat. Walaupun pelbagai cara yang dicuba untuk menghilangkannya, tetapi ia tetap juga datang dengan tidak dirancang dan tidak mengira batasan usia. Kebimbangan adalah perasaan takut yang kronik dan komplek yang wujud dalam pelbagai jenis kecelaruan mental dan saraf (Drever, 1952). Wolpe (1958) menyatakan, perkataan kebimbangan sebenarnya sama ertinya dengan ketakutan. Namun begitu, sememangnya kebimbangan dan ketakutan tu adalah suatu perasaan yang sinonim dan seiring di alami oleh pesakit dan ia teleh menjadi satu subjektif. Antara faktor-faktor penyebabkan kecelaruan kebimbangan yang tidak lekang walaupun dek tempoh perubahan masa adalah dari segi tingkah laku, persekitaran sosial, biologi, kognitif dan emosi, biologikal.

Kebimbangan masyarakat sekarang lebih tertumpu kepada kebimbngan sosial. Antara golongan yang sering melanda dalam masalah ini adalah golongan remaja. Dari segi tingkah laku, seseorang tu dapat pengalaman menakutkan yang dia pelajari sejak kecil lagi hingga tak tahu cara untuk buang ketakutan tersebut sampai ia menjadi kekal.

Persekitaran sosial, melalui peristiwa traumatik dan sentiasa perhatikan perasaan takut orang lain hingga dipengaruhi diri sendiri. Selain itu, ia juga akibat daripada suasana baru yang mencabar hingga mendorong seseorang itu jenis yang sosialis pasif @ suka bergantung kepada orang lain kerana kurangnya sokongan sosial dari kawan dan keluarga.

Biologi, selalunya disebabkan oleh faktor genetik hingga wujudnya fobia sosial, fobia khusus, dan kecenderungan obsesif -kompulsif ini menyebabkan kecenderungan berlaku dalam keluarga yang sama. Selain itu mereka ni boleh mendapatnya dari gangguan sistem saraf sejak lahir atau kemalangan.

Faktor seterusnya, sekali ialah kognitif dan emosi disebabkan oleh konflik psikologi yang tak dapat diselesaikan ia dikenali sebagai neurosis iaitu sentiasa membayangkan 1 perasaan yang tak dapat diterima oleh minda sedar dan perasaan takut kepada apa sahaja. Jadi mereka ni akan berfikir secara tak rasional maka timbul efikasi kendiri yang rendah dalam membuat jangkaan yang melampau pada ketakutan dan sensitif takut kepada tempat yang tinggi.

Faktor akhir sekali, neurobiologi yang berkaitan dengan otak dan menyebabkan hormon akan menukarkan tingkah laku agar lebih berjaga-jaga dalam keadaan tegang dan tertekan di samping itu akibat daripada peraliha udara karbon dioksida hingga kurangnya oksigen.

Jenis-jenis kecelaruan emosi kebimbangan yang sering dialami oleh masyarakat ialah agrofobia, panik, kebimbangan umum, fobia sosial, fobia khusus, kecelaruan obsesif-kompulsif, kecelaruan tekanan akut dan post-trauma dan lain-lain kebimbangan. Agrofobia, berasal daripada bahasa Greek yang bermaksud ‘takut pada kawasan pasar’ iaitu mereka ini takut dan bimbang akan kemungkinan-kemungkinan semasa berada di tempat terbuka. Mereka takut terjadinya serangan panik dan malu untuk mendapatkan pertolongan jadi mereka ini hidup dalam ketakutan di mana ia sering berulang. Panik pula jenis kebimbangan yang sering berulang menyebabkan terjadinya simptom seperti jantung berdebar-debar, pernafasan cepat dan sukar bernafas, tubuh badan lemah atau pening, fikiran hilang kawalan atau berasa akan mati dan ada kalanya mereka ini bertanggapan yang mereka ini mendapat serangan jantung.
Seterunya, kebimbangan umum ia selalunya dikaitkan dengan kehidupan harian iaitu suasana kehidupan kewangan, anak-anak dan hubungan sosial. Contohnya kanak-kanak bimbang akan prestasi akademik, sukan dan aspek sosial di sekolah. Antara simptom yang dialami mudah letih, sukar menumpukan perhatian, fikiran buntu, otot tegang dan mengalami gangguan tidur. Selain itu, perasaan mereka resah, bimbang dan mengalami gangguan fizikal dan emosi seperti ketagangan.


Fobia khusus,ketakutan yang melampau pada objek atau suasana seperti ketinggian (acrophobia), takut pada ruang yang tertutup (claustrophobia), atau takut pada binatang dan serangga yang kecil seperti tikus, pepatung, ular atau binatang merayap yang lain. Ketakutan yang menimbulkan tindakbalas refleks untuk melepaskan diri daripada suasana yang mengerikan itu iaitu terbahagi kepada 5 jenis fobia- terhadap binatang(binatang atau serangga), fobia persekitaran yang tabii (ketinggian, kilat, laut), fobia darah ( suntikan, lihat darah, cedera), fobia suasana (memandu, lalu terowong, jambatan, naik kapal terbang) dan ketakutan lain (tercekik, pening).

Fobia Sosial, takut pada suasana sosial myebabkan mereka meminggirka diri dari orang ramai atau mereka ini sering berada dalam golongan yang tertekan. Di samping itu, mereka ni sering berfikir yang orang ramai akan menilainya secara negatif.

Kecelaruan obsesif-kompulsif, obsesif- perasaan takut yang berkait rapat dengan kepercayaan, bayangan dan fikiran yang tidak logik dan rasional selain itu ia juga boleh menyebabkan gangguan hidup dalam bentuk keraguan dan imej mental yang kurang menyenangkan. Manakala, kompulsif (tingkah laku berulang-ulang) ada dua kategori iaitu ritual memeriksa dan ritual membersih.

Kecelaruan tekanan akut dan post-trauma, akut ialah terasaan takut yang tinggi selepas mengalami suasana ataupun peristiwa yang mengejutkan dan menakutkan bagi satu jangka masa yang pendek. Manakala, post-trauma dalam jangka masa yang panjang. Ciri-ciri tekanan ini seolah-olah berada dalam keadaan terawang-awangan, alami gangguan ingatan, mimpi yang mengerikan dan kerap berasa seolah-olah sedang berada dalam suasana yang menyebabkan trauma itu. Oleh itu, mereka ini menunjukkan rasa kurang bertanggungjawab pada dunia luar.

Akhir sekali, lain-lain kebimbangan atau lebih dikenali sebagai perasaan cemas ia merupakan penilaian yang subjektif yang dikategorikan kepada faktor biologi atau fisiologi iaitu ancaman kekurangan makanan, minuman, perlindungan dankeamanan, faktor psikososial iaitu ancaman pada konsep kendiri, kehilangan orang, perubahan status atau ekonomi dan faktor perkembangan adalah ancaman perkembangan masa bayi dan remaja.

No comments:

Post a Comment