Saturday, October 2, 2010

LUKISAN FIGURE – NALURI, MIMPI DAN JERITAN BATIN ANTARA PERMAINAN EMOSI YANG VERISIMILITUDE.....


aksi dan emosi mempengaruhi sesebuah karya seni.... dalam artikel ini menerangkan mainan bahasa tubuh dan emosi pelukis dalam menghasilkan karya
...malah seni ini membantu kita dalam bidang pendidikan dengan mengajar pelajar dalam proses apresiasi dan kritikan seni....bagi setiap karya yang dikaji....

artikel 1


Oleh MOHAMAD AZALUDIN BIN ABDUL AZIZ


BAHASA TUBUH dan permainan emosi benar-benar mengalirkan ilham Abd Latif Maulan dalam melukis. Kepelbagaian isu yang diketengahkan juga tidak kurang pesonanya, dalam mencetuskan spekulasi khalayak. Karyanya turut memungkinkan peminat seni rupa merasai adunan warna yang sangat harmoni sehingga menyerlah wibawa pelukis berpengalaman ini.


Lukisan Latif mudah difahami walau tanpa penjelasannya. Hal demikianlah yang menambah daya tarik dan sebagai unsur memikat. Karyanya selalu memukau pecinta seni lukis dari dalam dan luar negara.

Dalam perjalanannya berkarya, dia dikenal sebagai seorang pelukis yang mendukung aliran realisme yang ingin mengemukakan kenyataan berhubung benda yang wujud dan mampu dilihat oleh mata. Sifat benda harus objektif karena Latif melukiskan dunia kenyataan. Segala-galanya digambarkan seperti apa yang nampak dipandang.

Namun begitu lukisan figure Latif lebih berkisar pada konflik dalam jiwa manusia. Kehebatannya mengetengahkan naluri, mimpi atau jerita batin seseorang sebagai objek utama karyanya terserlah melalui ekspresi tubuh, ton warna yang mewah, skil catan resolusi tinggi yang begitu halus, kesan penataan cahaya yang sangat memberangsangkan dan latar persekitaran yang mengasyikkan jiwa.

Latif selalu berusaha menampilkan kehidupan sehari-hari dari karakter, suasana, dilema, dan objek, untuk mencapai tujuan verisimilitude (sangat hidup). Baginya komu
niti dan persekitaran seseorang itu mempengaruhi interpretasi bahawa lukisan figure sama ada dari segi corak pemikiran, sikap dan kedudukan budaya kontemporari, mempunyai jalinan dengan zaman lalu dan bernilai sejagat.

Sehubungan itu gabungan elemen sensual moden dalam pelbagai rekaan membuat ia perlu ada dalam himpunan koleksi pelukis Malaysia seperti dirinya. Seiring cetusan isu sosial yang melanda masyarakat negara ini Latif cuba tampilkan isu panas seperti bohsia dan stress night. Seperti yang dijangkakan memang ia mencetus polimik.

Sebagai pelukis, pada awalnya Latif fikir tidak ada masalah memaparkan isu-isu panas begitu. Baginya lukisan adalah seni visual dan dia hanya meminjam objek seperti figure, bunga atau awan. Aturan dasar dalam melukis yang dia selalu amalkan adalah bagaimana memainkan garis, bentuk, ton dan warna dalam media. Sama seperti pemuzik yang bermain dengan nada lagu. Objeknya hanya suatu yang dipinjam untuk dicerna sebagai hasil seni.


Tetapi rupanya bagi khalayak dan peminat seni, ia sudah jadi lain. Ia sebenarnya melibatkan emosi orang yang menikmati lukisannya. Misalnya bagi orang beragama, orang yang berpegang pada adat-susila dari Negara Asia memang sangat berbeza berbanding orang dari Negara Barat. Puncanya hanya kerana tubuh yang dilukis oleh Latif sangat indah, ditampilkan dalam gaya mulus manja, mewah dengan warna kelembutan dan teknik catan yang sangat halus. Figure yang sangat pesona ini sebenarnya boleh menjadi masalah dan ia memang mencetuskan perdebatan, gossip, polimik dan perbincangan luas.

Biarpun gemar menyerlahkan rekaan detail, namun kesederhanaan cara berfikir dan kesungguhan dalam menjalankan kerjaya sebagai pelukis adalah kekuatan dalam diri Latif. Katanya, dia melukis karena dia tidak pandai mengarang dan menulis. Bahasa yang dia gunakan adalah bahasa lukisan. Bagi Latif, melukis adalah bekerja. Dia melukis seperti orang khusyuk dalam sembahyang, sangat tertib dan berperaturan. Melukis apa yang kelihatan dari pandangan mataseninya.


No comments:

Post a Comment