Sunday, August 22, 2010

jom sama2 kita maksimumkan bonus dalam bln Ramadhan...

1)  Berniat dalam hati untuk berpuasa di malam hari
2)  Bersahur di akhir malam ( yang terbaik adalah jaraknya dengan azan subuh selama    
       bacaan 50 ayat al-Quran secara sederhana)
3)  Memperbanyakkan bacaan al-Quran dengan tenang dan tidak tergesa-gesa
4)  Memperbanyakkan doa semasa berpuasa
      Nabi Muhammad SAW bersabda, Ertinya : "3 yang menjadi hak ALLAH SWT utk tidak
      menolak doa mereka, orang berpuasa sehingga berbuka, orang yang zalimi sehingga dibantu,       & orang bermusafir sehinggalah ia pulang" (Riwayat Al-Bazaar)
5)  Memperbanyakkan doa ketika hampir berbuka.
6)  Menyegerakan berbuka puasa selepas pasti masuk waktu maghrib
      Nabi Muhammad SAW bersabda, ertinya : " Sentiasalah umatku berada dalam kebaikan 
      sepanjang kamu menyegerakan berbuka" (Riwayat Al-Bukhari)
7)  Adalah digalakkan pula berbuka dengan beberapa biji rutab(kurma basah) @ tamar (kurma 
      kering) sebagai mengikut sunnah, dan jika tiada keduanya mulakan dengan seteguk air
8)  Amat disunatkan untuk bersedekah harta bagi mempersiapkan juadah berbuka untuk orang 
      ramai terutamanya orang miskin @ fakir
9)  Menunaikan Solat Sunat Tarawih pada malam hari secara berjemaah buat lelaki dan 
      perempuan @ boleh lakukan bersendirian
10)  Memperbanyakkan bersiwak ( menggunakan kayu sugi tanpa air dan ubat gigi)
11)  Amaran bagi berbuka puasa di siang Ramadhan tanpa uzur

No comments:

Post a Comment