Sunday, March 28, 2010


Pengenalan Kepada Otak

Otak merupakan suatu sistem computer rumit yang dikawal oleh dua bahagian atau organ pusat bagi kawalan utama badan manusia. Kedua-dua bahagian ini mempunyai kemahiran dan cara berfikir yang berbeza. Bahagian kanan otak memproses maklumat dengan cepat (rapid), melewati ruang dimensi fizikal (spatial) dan tanggapan yang tepat (perceptual). Manakala, otak kiri memproses dengan cara yang berbeza tetapi dalam bentuk lisan yang lebih kompleks, berbentuk analisa.

Selain itu juga, kita dapat lihat bahagian kiri otak mengawal bahagian kanan tubuh, manakala bahagian kanan mengawal kiri tubuh. Serangan pada bahagian kiri otak boleh melumpuhkan bahagian kanan tubuh. Ianya boleh menyebabkan beberapa fungsi tubuh seperti penguasaan bahasa. Jika seseorang selalu memproses munggunakan otak kanan, bahagian kiri tubuhnya akan terbentuk untuk menjadi lebih besar, kuat dan lebih berkembang.

Saiz otak manusia kira-kira 325 g, ia terdiri daripada 10-12 billion sel dan dapat menyerap kira-kira 75% oksigen darah dalam tubuh manusia. Kranium dan bendalir memberi perlindungan kepada otak. Otak sering dikaitkan dengan pelbagai fungsi kognitif, tingkahlaku dan emosi bagi setiap individu. Hal ini lit adapt lihat otak manusia mengandungi sekitar 23 billion neuron, dan setiap satunya saling bersambungan dengan hamper 10,000 neuron yang lain.

Bahagian-Bahagian Otak

Otak manusia terdiri daripada beberapa bahagian:

1. Saraf Tunjang: atau korda spina menerima maklumat daripada sistem sensori (kulit, mata, telinga, lidah & hidung) sendi otot dan anggota lain, lalu mengeluarkan arahan motor untuk bertindak balas (seperti melakukan pergerakan)

2. Medula Oblongata dan Pons: merupakan sambungan atau jambatan anatara saraf tunjang dan bahagian atas otak. Medula ialah pusat proses-proses tidak sedar seperti respirasi, denyutan jantung, tekanan darah, menelan, batuk, bersin dan lain-lain.

3. Otak Tengah: terletak antara medula oblongata, pons & serebelum & diensefalon & korteks serebum.

4. Diensefalon: terdiri daripada

a) hipotalmus - mengawal fungsi involuntari (pernafasan, suhu badan)

b) talamus - memproses maklumat terlibat dengan penglihatan, pendengaran, rasa.

5. Serebelum: terletak di bawah serebrum dan memenuhi bahagian belakang karanium. Permukaan serebrum terdiri daripada jirim kelabu dan berlipat-lipat dan jirim putih memenuhi bahagian dalamnya. Serebelum menerima impuls dari organ-organ deria yang berkaitan dengan keseimbangan badan. Fungsi serebelum ialah menyelaras pergerakan badan & mengekalkan keseimbangan (berjalan, berlari).

6. Serebrum: adalah bahagian otak yang paling besar (2/3 otak manusia) dan memenuhi bahagian atas serta hadapan ruang kranium dan terbahagi kepada 2 hemisfera:

  • Hemisfera Kanan menerima impuls dari sebelah kiri badan.
  • Hemisfera Kiri menerima impuls dari sebelah kanan badan.

Kopus Kasolum menghubungi kedua-kedua bahagian serebrum. Lebih banyak lipatan dan terdiri daripada jirim kelabu.

1 comment: